30 Mac 2013, Institusi Penjara Tawau, Sabah telah menerima lawatan daripada YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Keselamatan Dalam Negeri serta YBhg. Komisioner Jeneral Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Taklimat mengenai Tahanan SOSMA disampaikan oleh PKP Sazali bin Ismail, Pengarah Penjara Tawau.YB Dato' Seri Menteri Dalam Negeri mengambil kesempatan berjumpa dan memberikan kata-kata semangat kepada kakitangan Penjara Tawau.
""